Panas dari Ketuhar!!
Foto kita
Comments (2) | Friday, 28 October 2011
Salam alayk!
Ana sebenarnye nak upload gmbr kat post sebelum ni tapi dia macam tak nak. jadi buat je la post baru.. biar gambar yang bercerita kali ni..
Read More......
Berjalan tanpa henti.
Comments (2) |
Bismillahi rahmani raheem..
Tak tahulah cerita ni dah basi ke blom, hehe ^^
Hari yang sama minggu lepas, hari Sabtu ada something yang sangat best dah jadi.
Eh, apa dia?Bukan,ana tak berkesempatan nak pergi Himpun tapi ana pergi Rehlah A-Day! Jalan-jalan tambah IMAN dengan akhawat yang sangatlah ana sayang. Program mula pada malam sebelumnya lagi dengan ldk, tajuk yang disentuh ialah amanah, wafa' dan istiqomah. Esoknya, kami Qiam bersama dan lebih kurang pukul 0830 kami bertolak dari Nilai dan selamat sampai di Taman Botani walaupun ada la tersesat skit.Kami konvoi dari Nilai dengan 9 buah kereta, sungguh ni ana tak tipu tau.. Allah mana suka orang yang tipu-tipu ni, mak ana pun kata tak elok. Ok, back to our story, masa kat sana, kami pecah pada 8 kumpulan dan diberi task untuk disiapkan.
soalan dia, "silalah berjalan2 menuju ke taman suria dan tangkap seberapa banyak gambar yg significant. Gambarkan foto-foto itu semua dalam SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA"
Ketika alam bertasbih, kita pun patutnya kena join sama. Subhanallah, sangatlah cantik apa yg terbentang di depan mata. Pokok-pokok yang sangat hijau, langit yang membiru, matahari, burung, tasik, semua-semua pun tanda kekuasaan Allah.Dan Allah dah mention yang Dia ciptakan semua yang ada di bumi ni untuk manusia, untuk kita yang Allah dah point untuk jadi khalifah di muka bumi ini.
Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu, kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. dan Dia maha mengetahui segala sesuatu. (2:29)
Bila mana Allah melantik kita sebagai khalifah, Dia tak tinggalkan kita terkapai-kapai seorang. Dunia dan seisinya adalah untuk kita gunakan untuk penuhi amanah ini. Memang dunia ni untuk kita, jadi buat apa nak kejar something yang dah kita miliki. Apa yang kita kena berlumba-lumba untuk dapatkan ialah syurga dan redha Allah. Sebab kita tak pasti sama ada pada saat dan ketika ini adakah dua perkara yang sangat best ni kita dah miliki..
Selepas penat berjalan, kami berkumpul untuk dengar sharing dari semua kumpulan.Nak tahu tak apa dia SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA tu?
Subhanallah|'Abid|Bukti|Infinity|Kamil|Nikmat|Sakinah
Lepas makan dengan gembira dan sesi fotografi yang menyeronokkan, kami pun balik ke Nilai..terima kasih pada organizer, rehlah a-day memang terbaik!and credit to photographer for the pictures ^^
Moga Allah redha!
Read More......
yuk cuba pula resepi ini!
Comments (1) | Sunday, 16 October 2011
assalamualaikum wbt
buat sidang pembaca sekalian
apa resipi kita pd hari ini ya?
hurm..
(doh kita yang minggu lepas kita pecah2kan sampai jd kecik mcm ni ya, spy ia dpt mengembang dgn cukup sempurna!)
bahan2 yang kita gunakan;
Usap
Kasih
Hadiah
Ucapan
Willingness
Ambil hati
Hafal nama
maka akan terhasillah DOH UKHUWAH yang lembuuuuut gituuu..
ump!
ops, terlupa
sambil menguli2 doh tadi
senyumlah sket2 terkenang kisah di bawah..
..................................................
bermula di sini
kubelajar satu erti
erti kata mudah
namun sukar ditafsir
buat diri yang sentiasa cuba
menjadi yang terbaik
sebagai seorang teman pendamping
saat kita bersama kini
bagai tiada gurisan sejarah pahit
sedang sebelum ini kita digelar teman
yang sedang dalam kesepian
mencari pelangi kebahagiaan
tanpa ditemani insan pilihan
dahulu
kugiat mencari
di mana akan kugapai cintamu
diriku seolah-olah seperti seorang musafir
yang berjalan tanpa perhentian
akibat tiada R&R di jalanan
untukku menagih kasih yang kian merasuk jiwa
puas kumencari dan selidiki
akhirnya senyuman mula jelas terukir
dalam keheningan sepertiga malam
pabila dari kejauhan kukelihatan
sinar penuh kebahagiaan
ya, ku telah menemuinya!
perhentian kasih Rabbi
yang telah menantiku
sekian lama sebagai pengunjung bertuah
Ya Allah
tiada yang lebih dekat denganku selainMu
tiada yang lebih baik pendengarannya selainMu
tiada yang lebih memahamiku selainMu
tiada yang mampu membantuku lebih baik daripadaMu
"hati manusia Allah yang punya"
inilah saat kufahami kata itu
andai kita menagih kasih sahabat
kasihilah Allah sebagai pendamping setia
sebelum menjadi miskin dan papa
tanpa beroleh cintaNya yang agung
kerana Allah sahaja yang bisa memberi kebahagiaan
dan melenyapkan segala kelesuan
dengan menganugerahkan cinta manusia
khas buat kekasihnya
"cintailah Allah
nescaya kau akan perolehi cintaNya
juga cinta manusia yang mencintaiya"
atas kata itu
kini kutemui jalan mengejar tagih cinta manusia
jika dulu yang kukenali hanya satu
ditambah puluhan
dan kini mencecah ratusan
besarnya perkongsian kasih kita
apabila ia mula mekar
saat bersua bagaikan garisan pemula
tangan dihulur pengikat kasih
senyum diukir menyapa sayang
lalu kita pun duduk bersama
mendengar taujih penyuci hati
yang semakin menggilap makna ikhlas berkasih keranaNya
dari permusafiran yang telah bermula
dalam mencari redha Yang Esa
bersama kita dalam satu saff
tarbawi circle kunci kekuatan
majlis jama'ie rantaian hati
saling memperingatkan mangga pengikat
antara diriku, dirimu dan dirinya
teringat sekerat lirik nasyid
"ada seorang gadis termenung di jendela..."
(tambahan sendiri)
..hanya melihat alam tanpa akal
sedang ia sering mengajarmu
dengan hikmahnya hidup di dunia
sering kulihat dari jendela ini
suasana tenang
ada gunung, tasik, pokok dan angin
indah sungguh ciptaan Allah
sambil bibir menyebut kalimah syukur
namun suatu hari baru terfikir
........
tenang sungguh alunan pokok bergoyang
ditiup angin ke kanan,
dihalanya ke kanan
ditiup angin ke kiri,
diikutnya ke kiri
ya akhawati
jadilah kita seperti pokok dan angin
saling bersama mengikut arah
tiada antara keduanya yang ego
akhirnya melahirkan suasana damai nan permai
kukuh sungguh gunung itu terpacak
walau hujan badai melanda
ia tetap kuat berdiri
kerana apa?
kerana pokok setia bersamanya
mengelakkan tanah menggelongsor
mencari tempat lain untuk menetap
ukhtie
jadilah kita seperti pokok
sentiasa setia menjalankan tugas
menguatkan diri dan sekeliling
dari tergelongsor dari landasan islam
yang bisa membinasakan
kelihatan air di tasik yang jernih
mencuci mata yang keletihan
namun jika difikirkan
bagaimana jika gunung hanya mencampakkan
sisa kotoran tanah ke dalamnya?
pasti air berubah menjadi keruh
habibati fillah
jadilah seperti gunung
tidak membebani sahabat lain
dengan keburukan diri
sentiasa menjaga pandangan positif
orang lain terhadapnya
kuteringat kisah sahabat itu
namanya ad-Darani
katanya,
"suatu waktu sedang kusuapi salah seorang saudaraku, dan tibatiba kurasakan makanan itu lazat di kerongkongku.."
~semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung~
..wassalam..
Read More......
Doh Roti
Comments (0) | Saturday, 8 October 2011
cubaan pertama |
Bismillah awal kata,
InsyaALLAH di sini (Resipi Daie) kita akan berkongsi pelbagai 'resipi' dari hati ke hati dan chef-chef superb juga akan diundang untuk menyediakan hidangan istimewa untuk jiwa-jiwa kita semua.
Doakan ya!
Jaga diri, jaga iman, jaga hati |
Sehingga bertemu lagi di dalam kelas-kelas masakan akan datang! ^_^
Read More......