spoon

Panas dari Ketuhar!!

Berjalan tanpa henti.

2

Category :



Bismillahi rahmani raheem..


Tak tahulah cerita ni dah basi ke blom, hehe ^^
Hari yang sama minggu lepas, hari Sabtu ada something yang sangat best dah jadi.
Eh, apa dia?Bukan,ana tak berkesempatan nak pergi Himpun tapi ana pergi Rehlah A-Day! Jalan-jalan tambah IMAN dengan akhawat yang sangatlah ana sayang. Program mula pada malam sebelumnya lagi dengan ldk, tajuk yang disentuh ialah amanah, wafa' dan istiqomah. Esoknya, kami Qiam bersama dan lebih kurang pukul 0830 kami bertolak dari Nilai dan selamat sampai di Taman Botani walaupun ada la tersesat skit.Kami konvoi dari Nilai dengan 9 buah kereta, sungguh ni ana tak tipu tau.. Allah mana suka orang yang tipu-tipu ni, mak ana pun kata tak elok. Ok, back to our story, masa kat sana, kami pecah pada 8 kumpulan dan diberi task untuk disiapkan.

soalan dia, "silalah berjalan2 menuju ke taman suria dan tangkap seberapa banyak gambar yg significant. Gambarkan foto-foto itu semua dalam SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA"

Ketika alam bertasbih, kita pun patutnya kena join sama. Subhanallah, sangatlah cantik apa yg terbentang di depan mata. Pokok-pokok yang sangat hijau, langit yang membiru, matahari, burung, tasik, semua-semua pun tanda kekuasaan Allah.Dan Allah dah mention yang Dia ciptakan semua yang ada di bumi ni untuk manusia, untuk kita yang Allah dah point untuk jadi khalifah di muka bumi ini.

Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu, kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. dan Dia maha mengetahui segala sesuatu. (2:29)

Bila mana Allah melantik kita sebagai khalifah, Dia tak tinggalkan kita terkapai-kapai seorang. Dunia dan seisinya adalah untuk kita gunakan untuk penuhi amanah ini. Memang dunia ni untuk kita, jadi buat apa nak kejar something yang dah kita miliki. Apa yang kita kena berlumba-lumba untuk dapatkan ialah syurga dan redha Allah. Sebab kita tak pasti sama ada pada saat dan ketika ini adakah dua perkara yang sangat best ni kita dah miliki..

Selepas penat berjalan, kami berkumpul untuk dengar sharing dari semua kumpulan.Nak tahu tak apa dia SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA tu?

Subhanallah|'Abid|Bukti|Infinity|Kamil|Nikmat|Sakinah

Lepas makan dengan gembira dan sesi fotografi yang menyeronokkan, kami pun balik ke Nilai..terima kasih pada organizer, rehlah a-day memang terbaik!and credit to photographer for the pictures ^^
Moga Allah redha!

2 comments:

suke-suke cite nih..

suke.................walaupon x
pegi...mcm boleh gambarkan..hmm..jeles.hehe.

Post a Comment

Tetamu Istimewa

Powered by Blogger.